Cabang utama Bahasa-bahasa_Austroasia

Rumpun bahasa ini boleh dibahagikan menjadi dua cabang iaitu: cabang Mon-Khmer dan Munda di India. Daripada cabang Mon-Khmer pula, ada dua bahasa yang penting iaitu bahasa Khmer yang dipertuturkan oleh lebih kurang 10 juta orang di Kemboja dan bahasa Vietnam yang dipertuturkan lebih kurang 80 juta orang di Vietnam. Selain itu, bahasa Mon dipertuturkan oleh sekelompok kecil suku bangsa Mon di Myanmar berdekatan sempadan Thailand dan bahasa Khmu dipertuturkan di sebelah utara Laos berdekatan sempadan Myanmar. Kemudian bahasa Asli yang dipertuturkan oleh suku bangsa Negrito di Semenanjung Malaysia juga anggota cabang bahasa Mon-Khmer. Diperkirakan bahasa-bahasa Asli suku bangsa Asli ini sebenarnya bukan bahasa mereka, namun bahasa ini diambil mereka daripada jiran-jiran mereka.

Di India, bahasa Mundari dan bahasa Santali ialah bahasa Austroasia yang sudah dipengaruhi oleh bahasa Indo-Eropah cabang Indo-Arya dan bahasa-bahasa Dravidia. Penutur asli bahasa Munda ialah orang-orang daripada bangsa Mongoloid yang diperkirakan dahulu kala tersebar luas pula di India utara.

Di kepulauan Nicobar juga dipertuturkan bahasa-bahasa Austroasia, dan sebahagian besarnya oleh orang-orang bangsa Mongoloid pula. Sedangkan penduduk asli kepulauan Nicobar dan Andaman ialah suku bangsa negrito yang masih berhubung dengan ‘orang asli’ di Malaysia dan suku bangsa Papua. Ada yang berpendapat[nyatakan menurut siapa?] bahasa mereka juga merupakan golongan bahasa Papua sangat jauh.